Sila log masuk terlebih dahulu.

Razman, Zainol MB jika PN menang di Perak

09 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 9 NOVEMBER 2022

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin merupakan antara calon Menteri Besar Perak jika PN membentuk kerajaan di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dua pemimpin tersebut merupakan pemimpin tertinggi PN di Perak dan mempunyai pengalaman sebagai exco kerajaan negeri.

Menurutnya, beberapa calon lain yang bertanding mewakili PN pada PRU15 kali ini juga mempunyai kelayakan untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15