PM hadir beri sokongan kepada Harimau Malaya

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janjinya untuk hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya yang bertemu Vietnam di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
Beliau tiba pada 8.30 malam lengkap berjersi kebangsaan untuk bersama-sama sekitar 80,000 penyokong skuad bimbingan ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe menyaksikan perlawanan final pertama itu.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa atlet lain.
Hujan sejak tengah hari tadi tidak menghalang peminat Harimau Malaya membanjiri stadium itu.
Perlawanan akhir kedua di Hanoi, Vietnam akan diadakan Sabtu ini.
Kali terakhir Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki ialah pada 2010. - Bernama
Bakar al-Quran: Pemuda UMNO sifatkan Paludan biadab
'Digantung tanpa dipanggil, diberi peluang bela diri' - Maulizan
Jersi baharu Selangor FC bertema memori Stadium Shah Alam
Muqharabbin umum letak jawatan Exco Pemuda UMNO
Curiga lori bertutup kanvas, bongkar seleweng diesel subsidi
'Saya sedia dipecat'
Tun M dakwa PRU15 paling korup
Polis tahan suspek kes penemuan mayat dalam semak
Pengutip besi buruk dihukum gantung sampai mati
Harga minyak naik, ringgit terus mengukuh