Sila log masuk terlebih dahulu.

Nelayan mahu Akta Perikanan 1985 dipinda 

08 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 NOVEMBER 2022 Nelayan tradisional mahu kerajaan baharu meminda Akta Perikanan 1985 bagi menyelesaikan pelbagai isu seperti kelas lesen nelayan kecil, bot tempatan menggunakan kru asing dan pencerobohan nelayan asing di perairan negara, lapor wartawan Sinar Harian Nora Yusof. Harapan itu yang disandarkan kepada calon-calon bertanding pada PRU15 supaya dapat membawa suara golongan itu ke Dewan Rakyat sekali gus membela nasib mereka. Mereka mendakwa hasil laut yang kurang berkualiti pula didaratkan di jeti sekadar memenuhi syarat bagi mendapatkan kemudahan seperti minyak subsidi.Artikel#BeritaSemasa #SinarHarian