'Suara rakyat jadi keutamaan'

Hisyamuddin (tengah) bersama penyokong Pakatan Harapan di Pasar Besar Kuala Krai, pagi tadi.
Hisyamuddin (tengah) bersama penyokong Pakatan Harapan di Pasar Besar Kuala Krai, pagi tadi.
A
A
A

KUALA KRAI - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kuala Krai, Mohd Hisyamuddin Ghazali membawa misi untuk memperjuangkan keperluan dan suara rakyat di kawasan itu bagi membantu membuat perubahan.

Beliau berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan peluang mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pastinya suara rakyat Kuala Krai akan diperjuangkan di peringkat Parlimen.

“Andai kata ingin melakukan perubahan, rakyat perlu pilih calon Perdana Menteri yang terbaik di antara yang terbaik.

“Saya di sini sebagai wakil kepada Anwar untuk membawa mesej dan suara rakyat Kuala Krai ke Parlimen untuk membantu membuat perubahan.

“Malah, saya yakin usaha yang dibawa turut akan membantu dalam pembangunan ekonomi di seluruh negara dan rakyat di kawasan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ziarah Peniaga di Pasar Besar Kuala Krai pada Isnin.

Beliau yang juga merupakan calon muka baharu akan berdepan saingan sengit empat penjuru terutamanya penyandang kerusi Parlimen Kuala Krai iaitu Pas, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Selain dua calon lagi iaitu, BN Mohd Zulkepli Omar dan calon Pejuang, Norashikin Che Omar.

Pada PRU14, Pas menang mudah dengan sebanyak 28,903 undi berkelebihan majoriti 7,992 undi.

Artikel Berkaitan: