Tuan Ibrahim manfaat teknologi maklumat

Tuan Ibrahim ( dua dari kiri ) bersama tiga calon yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian.
Tuan Ibrahim ( dua dari kiri ) bersama tiga calon yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian.
A
A
A

KOTA BHARU - Bertanding di dua kawasan tidak menjadi masalah kepada calon Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kerana sistem teknologi memudahkan pengurusannya.

"Tiada masalah bertanding di dua kawasan kerana kita boleh menggunakan sistem dalam talian dan gerak kerja turut dibantu ahli dan pimpinan lain.

"Sebagai wakil rakyat, saya memang memberi perhatian kepada kedua-dua kawasan selain ada pembantu yang memberi maklumat," katanya selepas penyerahan borang penamaan calon di Balai Islam Lundang di sini pada Sabtu.

Beliau yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Lipis, Pahang, hadir bersama penyokong, Kamarul Zaman Che Ibrahim dan pencadang, Mohd Nuri Mat Yaakob.

No Image Caption



Sementara itu katanya, beliau akan meneruskan usaha mengangkat Kubang Kerian sebagai bandar diraja sesuai dengan pembangunan Kelantan.

"Kita tidak perlu menyerang peribadi calon lain sepanjang kempen kerana paling utama ialah memaklumkan perancangan parti," katanya.

Jelasnya, ketika menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air, beliau sudah menyelesaikan sebahagian masalah air dengan pembinaan tujuh lori baharu di seluruh negeri.

"Hala tuju kita kini ialah meneruskan kajian menghasilkan takungan air di pinggiran sungai yang boleh berfungsi menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim berharap peratus keluar mengundi tinggi walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang peralihan Monsun Timur Laut.

Tuan Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada PRU14 dengan majoriti 19,369.

No Image Caption