Semporna meriah lautan putih, biru

Suasana sekitar pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna dipenuhi dengan bendera biru dan putih daripada GRS-BN dan Warisan.
Suasana sekitar pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna dipenuhi dengan bendera biru dan putih daripada GRS-BN dan Warisan.
A
A
A
SEMPORNA - Suasana di pekarangan Dewan Masyarakat Semporna meriah apabila penyokong lebih dari empat parti hadir mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membabitkan Parlimen Semporna dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya yang dijalankan serentak menjadikan suasana lebih meriah berbanding kawasan parlimen lain di Sabah.

Calon DUN Bugaya dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Karil Pg Kuraini, 76, yang tiba 7.55 pagi lengkap berbaju melayu manakala calon bebas yang juga aktivis politik dan youtuber, Jufazli Shi Ahmad, 33, tiba jam 8 pagi di pekarangan pusat penamaan calon.

Sementara itu, calon Parti Warisan (Warisan) yang juga penyandang Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba pada jam 9.05 pagi di pusat pencalonan dengan diiringi selawat daripada ribuan penyokong beliau.

Mohd Shafie tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna.
Mohd Shafie tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna.

Artikel Berkaitan:


Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib yang mengiringi Mohd Shafie sebelum masuk ke dalam dewan.

Beberapa calon lain turut berada di pusat penamaan calon termasuk daripada Pakatan Harapan (PH), Arastam Pandorog, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Nixon Abdul Habi dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Bugaya, Abdul Aziz Mohd Ibno.