Lapangan terbang di Sepanyol ditutup gara-gara roket China

Gambar fail menunjukkan roket roket Long-March dilancarkan dari China baru-baru ini. - Foto VCG/ Getty Images
Gambar fail menunjukkan roket roket Long-March dilancarkan dari China baru-baru ini. - Foto VCG/ Getty Images
A
A
A

BARCELONA - Beberapa lapangan terbang di Sepanyol menutup ruang udara masing-masing awal pagi Jumaat gara-gara bimbangkan serpihan roket China.

Penerbangan masuk dan keluar dari Barcelona, ​​Tarragona, Ibiza dan Reus telah dibatalkan dengan laporan wilayah lain termasuk La Rioja dan Castilla dan Leon turut terjejas.

Ia berlaku disebabkan oleh kebimbangan bahawa kemungkinan serpihan roket China akan bertebaran di atmosfera bumi.

Sebelum ini, Long March 5B iaitu roket paling berkuasa China dilancarkan pada 31 Oktober dari selatan China untuk menghantar modul terakhir ke stesen angkasa China yang sedang dalam pembinaan.

Roket itu kemudian akan menyebabkan serpihan besar dan berat selepas serpihannya memasuki semula atmosfera bumi.

Serpihan dari roket itu terbang mengelilingi dunia pada kelajuan 28,163 kilometer sejam sedang dijejaki secara langsung oleh Pengawasan dan Penjejakan Angkasa Kesatuan Eropah (EU).

Perkhidmatan Pengawasan dan Penjejakan Angkasa EU berkata bahawa serpihan itu kemungkinan besar akan memasuki semula atmosfera bumi di tengah-tengah Lautan Atlantik.

Namun, ia juga memberi amaran bahawa utara Sepanyol dan Portugal dan Itali selatan juga berada dalam kawasan berpotensi menjadi lokasi serpihan roket tersebut jatuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: