Patronato kejutkan Talleres de Cardoba

Atlético Patronato cipta sensasi juarai Piala Argentina.
Atlético Patronato cipta sensasi juarai Piala Argentina.
A
A
A

CLUB Atlético Patronato de la Juventud Católica mencipta sensasi apabila menewaskan Club Atlético Talleres de Cardoba bagi merangkul kejuaraan Piala Argentina dalam perlawanan akhir di Estadio Malvinas Argentina, Mendoza.

Edisi ke-62, yang menyaksikan Talleres pimpinan Javier Gandolfi sebagai pasukan pilihan ternyata berdepan kesukaran merobek gawang skuad kendalian Facundo Sava, hingga menyaksikan separuh masa pertama perlawanan berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Patronato kembali garang mula mengasak lawan menyaksikan Tiago Banega muncul wira apabila menggegarkan jaring pada minit ke-78, sekali gus kejuaraan pertama kelab tersebut.

Untuk rekod, Patronato akan bersaing di Divisyen Primera Nacional, selepas penyingkiran daripada Divisyen Primera Argentina pada 2022.

Patronato sepanjang jajaran ke perlawanan akhir menyingkirkan River Plate di suku akhir diikuti Boca Juniors di separuh akhir, telah mencipta sejarah paling penting kelab apabila menjadi pemilik piala buat kali pertama.

Tersingkir dari kejuaraan liga utama yang dimenangi Boca Juniors minggu lalu, Patronato akan menyertai Piala Libertadores 2023, selain Piala Super Argentina 2022.

Artikel Berkaitan: