Nama besar kalah PRU15 beri impak pada parti

Gambar dari kiri: Mohd Azizuddin, Sivamurugan
Gambar dari kiri: Mohd Azizuddin, Sivamurugan
A
A
A

SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) luar biasa dan menjadi tumpuan kerana terdapat nama-nama besar parti politik bertembung di beberapa kerusi Parlimen.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, kalah dan menang pemimpin itu akan memberi impak kepada masa depan, pembangunan dan susun atur kepimpinan parti.

Sebagai contoh, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dicabar oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim di Parlimen Pagoh.

“Jika Muhyiddin kalah di kawasan tersebut, apa akan berlaku kepada parti yang dipimpinnya? Ia akan jadi tanda isyarat beliau ditolak rakyat dan akan mencalarkan imej parti," katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, setiap calon perlu mempunyai percaturan politik tersendiri dalam memastikan mereka menang kerusi yang bertanding.

Sementara itu, menurut Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd San, pertembungan nama-nama besar pada PRU kali ini sangat menarik.

"Pemilihan calon itu adalah hak parti. Manifesto baharu akan dapat memberi perubahan kepada kawasan yang terlibat.

"Bagaimanapun, diharapkan tiada berlaku sabotaj daripada mana-mana pihak sama ada daripada pihak BN mahupun PN," jelasnya.

Artikel Berkaitan: