Sivarasa hadapi masalah peti suara, digugur saat akhir

Sivarasa
Sivarasa
A
A
A

SUNGAI BULOH - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah akur dengan keputusan Presiden partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mencalonkannya merebut kerusi Parlimen berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira masalah kesihatan yang dihadapinya sejak tiga bulan lalu.

Sivarasa berkata, ia berkaitan masalah pada peti suara dihadapinya dan kini terpaksa bercakap menggunakan alat pembesar suara (speech amplifier) untuk menjaga suara.

"Sehingga pagi Jumaat lepas (28 Oktober), nama saya kekal sebagai calon Sungai Buloh.

"Namun kira-kira jam 5 petang pada hari itu, saya menerima pesanan ringkas daripada Anwar mengatakan bahawa selepas perbincangan lanjut, beliau memutuskan bahawa saya tidak akan menjadi calon," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Sivarasa pernah memaklumkan kepada Anwar untuk berkempen menggunakan cara berbeza sewaktu PRU15 dengan mengambil kira masalah yang dihadapinya.

Namun beliau tetap akur dengan keputusan Anwar yang berhak berbuat demikian selepas mengambil kira faktor kesihatannya.

"Saya harap perbincangan tentang perkara ini (tidak dipilih sebagai calon) tidak dipanjangkan.

Artikel Berkaitan:

"Lebih penting untuk kita fokus kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Putrajaya," katanya.