Sila log masuk terlebih dahulu.

BN Pulau Pinang pantau MP jika menang PRU15

03 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 3 NOVEMBER 2022

Barisan Nasional Pulau Pinang akan memantau ahli Parlimen yang menang menerusi kad laporan prestasi mereka setiap tiga bulan bagi memastikan kesemua wakil rakyat parti itu menjalankan tanggungjawab seperti yang dijanjikan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan itu juga bagi memastikan setiap ahli Parlimen yang menang akan turun padang dan bekerja untuk rakyat.

BN Pulau Pinang membariskan 13 calon Parlimen iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dari UMNO di kerusi Kepala Batas, Datuk Yusoff Mohd Noor dari UMNO (Tasek Gelugor), Dr Tan Chuan Hong dari MCA (Bagan), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dari UMNO (Permatang Pauh), Tan Yang Pang dari MCA (Bukit Mertajam) dan Datuk Tan Lee Huat dari MCA (Batu Kawan).

Selain itu, Datuk Seri R Thanenthiran dari Makkal Sakti (Nibong Tebal), Huan Xin Yun dari Parti Cinta Malaysia (Bukit Gelugor), Tan Kim Nee dari MCA (Tanjong), Datuk T Loganathan dari Indian Progressive Front (Jelutong), Wong Chin Chong dari MCA (Bukit Gelugor), Saw Yee Fung dari MCA (Bayan Baru) dan Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dari UMNO (Balik Pulau).

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian