Sila log masuk terlebih dahulu.

Rafizi dedah kenalan perniagaan bergelar Datuk terima keuntungan projek kapal

03 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 3 NOVEMBER 2022

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kenalan perniagaan seorang ahli politik bergelar Datuk cuba mendapatkan konsesi kerajaan untuk mengendalikan aplikasi MySejahtera malah turut juga mendapat keuntungan daripada projek kapal persisir, lapor wartawan Mohamad Amreel Iman Abd Malek dan Raiham Sanusi.

Calon Parlimen Pandan itu mendakwa, individu terbabit terlibat dalam pelbagai kontroversi skandal besar termasuk skandal jual beli minyak dengan kerajaan Iraq yang turut melibatkan rakan perniagaannya yang juga adik ipar kepada bekas tokoh politik negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor.

Artikel: https://bit.ly/3Wwf5Lo

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian