BN Pahang umum calon DUN hari ini

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - BN Pahang dijangka mengumumkan senarai nama semua calon-calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jam 10 pagi Rabu.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Difahamkan, BN mempertaruhkan hampir 70 peratus muka baharu yang kombinasi Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada PRU15 kali ini.

Pada PRU14, BN menang 25 daripada 42 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh sembilan dan PAS (lapan).

Bagi kerusi Parlimen pula, daripada 14 kerusi Parlimen, BN menang sembilan dan bakinya PH.

Bagaimanapun, PH hilang satu kerusi apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumuman keluar PKR dan menyertai Bersatu pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan: