Anak Khashoggi nafi capai penyelesaian dengan Saudi

Salah (kiri) ketika bertemu dengan Putera Mohammed di Saudi selepas berita pembunuhan bapanya disahkan.
Salah (kiri) ketika bertemu dengan Putera Mohammed di Saudi selepas berita pembunuhan bapanya disahkan.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Keluarga wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang dibunuh kejam, hari ini menafikan mereka mencapai penyelesaian dengan pihak berkuasa di Riyadh selepas terdapat laporan yang mendakwa anak lelakinya telah menerima ganti rugi.

"Ketika ini, perbicaraan sedang berlangsung dan tiada perbincangan tentang penyelesaian itu," menurut kenyataan anak sulungnya, Salah menerusi Twitter.

Pada 1 April lalu, The Washington Post melaporkan keempat-empat anak Khashoggi menerima rumah mewah bernilai jutaan dolar dan turut dibayar ribuan dolar setiap seorang pada setiap bulan oleh pihak berkuasa Saudi.

Pengkritik lantang Putera Mahkota Mohammed Salman dibunuh dan mayatnya dilupuskan ketika beliau menguruskan dokumen perkahwinan di Konsulat di Istanbul pada Oktober lalu.

Sehingga kini, mayatnya gagal ditemukan.

Sementara itu, pendakwa raya awam di Riyadh telah mendakwa 11 individu atas pembunuhan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: