Sila log masuk terlebih dahulu.

Boikot pilihan raya bukan keputusan saya sendiri

31 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 OKTOBER 2022

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan tidak membuat keputusan secara bersendirian berhubung tindakan memboikot pilihanraya sekiranya calon kerusi Parlimen Jerai tidak diberi kepada Amanah, laporan wartawan Sinar Harian,Nurul Hidayah Hamid.

Beliau yang juga ADUN Alor Mengkudu mendakwa keputusan tersebut bukanlah keputusan perseorangan sebaliknya ia dibuat dalam Mesyuarat Perhubungan Amanah Kedah.

Disebabkan itu, beliau menyifatkan pemecatan dirinya daripada parti itu pada Ahad sebagai satu keputusan yang tidak adil malah mengulangi pendirian bahawa keputusan berkenaan adalah keputusan dua kali mesyuarat Jawatankuasa Amanah Negeri, sekali gus tidak adil apabila hanya dirinya seorang yang dipecat.

Artikel: https://bit.ly/3U9bErR

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15