Bas terbabas, 30 pelajar dan 10 guru cedera ringan

Seramai 10 guru dan 30 pelajar mengalami kecederaan ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 44 jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Isnin.
Seramai 10 guru dan 30 pelajar mengalami kecederaan ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 44 jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Isnin.
A
A
A

GUA MUSANG - Seramai 10 guru dan 30 pelajar dipercayai mengalami kecederaan ringan selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 44 jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Isnin.

Kejadian jam 6.15 pagi itu berlaku ketika warga Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim, Pasir Puteh dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi dan menyebabkan pemandu gagal mengawal lalu terbabas ke dalam semak dekat ladang sawit.

"Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

"Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan.

Ujarnya, kesemua pelajar itu berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Artikel Berkaitan: