X

Kindly register in order to view this article
!

Penuntut kolej dicabul dalam Grab

Polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BML milik suspek yang digunakan dalam kes cabul seorang penuntut kolej.
A
A

BATU GAJAH - Seorang pemandu Grab ditahan selepas dipercayai mencabul seorang penuntut kolej wanita dalam satu kejadian di Taman Tronoh Universiti, Tronoh, Isnin lalu.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di pekan Lumut.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Manjung ke asrama kolej di Batu Gajah Perdana.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan itu, lelaki terbabit bertindak menghentikan keretanya di sebuah kedai kosong di kawasan Taman Tronoh Universiti dan masuk ke tempat duduk penumpang belakang sebelum mencabul mangsa.

"Mangsa cuba melawan menyebabkan suspek keluar dari bahagian penumpang belakang dan meneruskan pemanduan menghantar mangsa hingga hadapan asrama," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sedang menjalani latihan praktikal di Pulau Pangkor pulang ke kolej kerana bercuti.

"Dia menaiki kereta terbabit pada jam 6.45 petang yang diperoleh melalui aplikasi Grab.

"Selain dicabul, mangsa turut diugut agar tidak melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Ahmad Adnan berkata lagi, lelaki itu baru sahaja menjalankan perkhidmatan Grab Car, Februari lalu dan ketika ditahan, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang disyaki digunakan dalam kes terbabit.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.