90 maut jambatan runtuh di Gujarat, India

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter di sungai Machchhu bandar Morbi, Gujarat ini runtuh secara tiba-tiba. - Foto India Today
Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter di sungai Machchhu bandar Morbi, Gujarat ini runtuh secara tiba-tiba. - Foto India Today
A
A
A
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.

Beratus-ratus pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, sebuah lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.



Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.



"Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh," kata seorang saksi.
Artikel Berkaitan:


Setakat ini lebih 90 orang maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan berpuluh mangsa yang masih hilang. - Bernama