Sila log masuk terlebih dahulu.

Muda optimis saingi calon 'heavyweight' 

30 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Calon Muda di Parlimen Tanjung Piai, Lim Wei Jiet, bersedia berdepan saingan calon nama besar atau 'heavyweight' daripada BN pada PRU15, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi marginal yang perlu ditawan semula PH dengan demografi pengundi terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, 39 peratus Cina manakala pengundi India pula satu peratus.

Pada Sabtu, Muda mengumumkan tiga calon bagi kerusi Parlimen Kepala Batas, Muhammad Danial Abdul Majeed, P095 Tanjong Karang, Siti Rahayu Baharin dan P165 Tanjung Piai, Lim Wei Jiet.

Artikel:

#BeritaSemasa #SinarHarian