Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas Terengganu tanding tujuh kerusi, Bersatu satu

28 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 28 OKTOBER 2022

Desas-desus mengatakan berlaku pergolakan dalam agihan kerusi Parlimen yang akan ditandingi PN Terengganu pada PRU15 terjawab apabila Pas mengesahkan akan bertanding di tujuh kerusi manakala satu kerusi ditandingi rakan gabungan dari Parti Bersatu,laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. .

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, tujuh kerusi itu ialah Besut, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus manakala satu kerusi yang akan ditandingi Bersatu ialah di Hulu Terengganu.

Katanya, pada PRU14 lalu, enam kerusi dimiliki Pas, satu kerusi milik Bersatu serta terdapat satu kekosongan kerusi di Parlimen Besut yang akan ditandingi calon Pas.

Artikel: https://bit.ly/3SZABVT

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian