Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis tahan wanita kes tipu anjur konsert artis popular

28 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 28 OKTOBER 2022

Polis menahan seorang wanita di Klang dua hari lalu kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penganjuran konsert yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berumur 48 tahun yang didapati memiliki dua rekod lampau termasuk berkaitan kes penipuan itu, ditahan kira-kira jam 10.40 malam dan direman sehingga esok.

Beliau berkata, perbuatan wanita itu mula dikesan apabila seorang penyanyi ‘rock’ tanah air berumur 53 tahun mendapat maklumat daripada rakannya bahawa terdapat terdapat satu hantaran di Facebook mempromosikan sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari depan di Kota Kinabalu, Sabah.

Artikel: https://bit.ly/3FtYOR3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian