Sila log masuk terlebih dahulu.

JBPM lancar pasukan khas hadapi Monsun Timur Laut

28 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 28 OKTOBER 2022

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Pasukan gerak khas bagi menghadapi Monsun Timur Laut, MTL R E D Team bagi memantapkan lagi persiapan dan persediaan perkhidmatan kebombaan serta penyelamatan yang lebih efisien, lapor wartawan, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan itu diletakkan di 11 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, seramai 253 anggota, 58 unit bot, 41 unit kenderaan utiliti dan 33 buah lori akan bersedia pada setiap hari di lokasi yang ditetapkan oleh JBPM negeri.

Artikel: https://bit.ly/3U2G4vL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian