Misi peribadi Verstappen, Perez

Perez (kiri) dan Verstappen memasang impian besar dalam saingan GP Mexico hujung minggu ini. - Foto AFP
Perez (kiri) dan Verstappen memasang impian besar dalam saingan GP Mexico hujung minggu ini. - Foto AFP
A
A
A

JUARA dunia, Max Verstappen dalam misi memburu rekod peribadi Formula Satu (F1) dan berhasrat untuk menewaskan rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez di hadapan penyokongnya sendiri di Grand Prix (GP) Mexico hujung minggu ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu yang mengungguli GP Amerika Syarikat (AS) di Texas Ahad lalu menjulang Red Bull untuk merangkul kejuaraan bagi kategori pengeluar sedang memburu kemenangan ke-14 peribadi.

Verstappen ketika ini berkongsi 13 kemenangan dalam tempoh setahun bersama dua pelumba Jerman iaitu juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dan Sebastian Vettel.

Perez yang meraih dua gelaran bersama Red Bull musim ini di Monaco dan Singapura mengimpikan kejuaraan kali ketiga yang lebih manis terutama di laman sendiri.

Bagaimanapun pelumba berusia 32 tahun itu mengakui ia bukannya mudah kerana menyedari bahawa Verstappen akan cuba untuk memenangi perlumbaan itu.

“Saya tidak akan melepaskannya dengan mudah. Saya sudah meraih segala-galanya tanpa meraih sebarang hadiah.

“Ia memang tugas saya. Saya ada memikirkan mengenai dan mahu aksi sempurna dan memburu kejayaan.

“Pada akhirnya, saya fikir ia adalah normal. Kita semua mahu menang,” ujar Perez.

Artikel Berkaitan: