Kisah kejam Liga Juara-Juara: Simeone

Simeone kecewa Atletico tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara. - Foto Agensi
Simeone kecewa Atletico tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara. - Foto Agensi
A
A
A

ATLETICO Madrid harus menyalahkan diri sendiri selepas tersingkir daripada kelompok 16 terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara pada Khamis.

Peluang sepakan penalti dihadiahkan oleh video bantuan pengadil (VAR) gagal disempurnakan Yannick Carrasco yang menyaksikan Atletico terikat 2-2 di laman sendiri ketika melayan kunjungan Bayer Leverkusen.

Keputusan seri itu menyaksikan Atletico sekadar mengutip lima mata daripada lima perlawanan ketinggalan lima mata dengan pendahulu Kumpulan B, Club Brugge.

Porto pula di tangga kedua dengan sembilan mata.

Bagaimanapun, selepas bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali, kelab La Liga itu gagal untuk mencari kemenangan dan sekarang ini perlu bersaing pula dengan Leverkusen bagi mencari tempat ke Liga Europa.

Kegagalan itu amat mengecewakan pengendali Atletico, Diego Simeone yang menyifatkan Liga Juara-Juara bertindak sangat kejam kepada mereka.

"Kami tumpas di dua perlawanan akhir (2014 dan 2016), satu menerusi penentuan penalti dan satu lagi di minit ke-93.

"Bagaimanapun, saya seorang yang keras kepala dan akan terus mencuba sebanyak mungkin jika mempunyai peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara, selepas mencari penyelesaian di atas kekurangan kami," ujar Simeone.

Artikel Berkaitan:

Leverkusen yang dibimbing Xabi Alonso mendahului sebanyak dua kali hasil jaringan Moussa Diaby dan Callum Hudson-Odoi.

Bagaimanapun, jaringan Carrasco pada separuh masa pertama dan gol penyamaan Rodrigo de Paul membolehkan Atletico mempunyai masa selama 40 minit untuk menghidupkan peluang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dalam adegan kelam kabut, pemain dipanggil semula ke padang selepas VAR melihat bola terkena tangan ketika serangan terakhir permainan.

Bagaimanapun, sepakan penalti Carrasco berjaya diselamatkan, penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky.