Asrama maahad tahfiz terbakar

Asrama pelajar terbakar dalam kejadian di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Sungai Padang, Papar.
Asrama pelajar terbakar dalam kejadian di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Sungai Padang, Papar.
A
A
A

PAPAR - Seramai 36 pelajar tahfiz dan empat guru berjaya menyelamatkan diri selepas asrama yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Sungai Padang di sini pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kesemua pelajar tahfiz sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh sebelum menyedari berlaku kebakaran di asrama berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Roslie Jun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.36 pagi.

"Difahamkan, semua penghuni di dalam asrama berkenaan baru bangun untuk menunaikan solat Subuh dan mereka menyedari kebakaran itu berlaku apabila terhidu bau asap dan terdengar bunyi.

"Semua pelajar dan guru kemudian bertindak keluar dari asrama berkenaan sebelum api merebak ke tempat lain di blok berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.

Roslie berkata lagi, seramai enam anggotanya dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Papar.

"Kebakaran membabitkan asrama pelajar, dewan makan dan tandas serta musnah sebanyak 40 peratus. Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.

"Hasil pemeriksaan, tiada mangsa yang cedera dan operasi berjaya dikawal serta ditamatkan pada jam 6.41 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: