FIFA digesa singkir Iran dari Piala Dunia 2022

Shakhtar Donetsk menggalas cabaran Ukraine dalam Liga Juara-Juara musim ini. - Foto AFP
Shakhtar Donetsk menggalas cabaran Ukraine dalam Liga Juara-Juara musim ini. - Foto AFP
A
A
A

JUARA Ukraine, Shakhtar Donetsk meminta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantungkan Iran daripada Piala Dunia 2022 di Qatar berikutan terdapat dakwaan negara Asia itu membekalkan dron Kamikaze kepada Rusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Shakhtar Donetsk, Sergei Palkin berkata, badan induk bola sepak dunia itu harus menggantung penyertaan Iran menjelang sepak mula temasya bola sepak dunia tersebut November ini.

Palkin turut mencadangkan Iran digantikan Ukraine, yang ditewaskan Wales dalam perlawanan playoff pada Jun lalu.

Ini akan menjadi keputusan adil dan seharusnya menarik perhatian seluruh dunia terhadap rejim yang membunuh rakyat Ukraine tidak berdosa.

“Slot Iran itu harus diambil Ukraine, yang membuktikan bahawa ia layak untuk menyertai temasya bola sepak tersebut. Ini setelah Ukraine dengan keadaan yang tidak cukup sempurna dengan pasukan lain semasa playoff, dan bermain dengan sepenuh hati," Palkin meneruskan dalam satu kenyataan.

FIFA sebelum ini mengantung Rusia dan Belarus daripada pertandingan antarabangsa pada Februari berikutan pencerobohan Ukraine dan Palkin percaya Iran harus dikenakan hukuman yang sama berikutan penyertaan negara itu secara langsung dalam peperangan di Ukraine.

Untuk rekod, Iran yang diundi dalam Kumpulan B, menyingkap tirai kempen berdepan England di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 21 November.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky minggu lalu mendakwa, dron Iran digunakan dalam serangan peluru berpandu Rusia baru-baru ini manakala Menteri Luar Britain, James Cleverly bersedia untuk mengumumkan sekatan lanjut ke atas Iran sebagai tindak balas kepada serangan itu.

Artikel Berkaitan: