Kanser: Rawat penyakit, jaga psikologi pesakit

Columbia Asia Hospital – Bukit Rimau sediakan rawatan intergrasi secara menyeluruh termasuk aspek psikologi pesakit

A
A
A

No Image Caption

KUALA LUMPUR - Dalam zaman kemajuan serta inovasi perubatan kini, kanser bukan lagi satu ‘hukuman mati’ memandangkan terdapat pendekatan inovatif untuk rawatan kanser.

Malahan perkhidmatan rawatan bagi penyakit kanser yang ditawarkan di hospital kerajaan mahupun swasta di negara ini sudah memasuki era baharu dengan pelbagai kaedah rawatan maju.

Jika sebelum ini, ada sesetengah pesakit kanser berusaha untuk mendapatkan rawatan di luar negara dek kemajuan teknologi perubatan di sana, namun hari ini, teknologi rawatan kanser dalam negara juga sudah setanding dengan negara-negara maju.

Jadi pesakit kanser tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana hospital kerajaan dan swasta di negara ini juga mampu menawarkan rawatan yang hampir sama.

Perkara ini diakui sendiri oleh Pakar Onkologi Columbia Asia Hospital - Bukit Rimau (CAH-BR), Dr Kananathan Ratnavelu yang berkata, melalui perkembangan dalam sains perubatan itu juga telah berjaya memperbaiki prognosis bagi pesakit kanser, terutamanya jika penyakit itu dikesan pada peringkat awal.

“Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai kanser, ada pesakit yang berputus asa. Ini kerana umumnya kita ketahui kanser adalah penyakit serius berbahaya dan mengancam nyawa serta boleh menyerang semua lapisan masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, aspek tekanan emosi, stress melampau, trauma, kehilangan dan kemurungan pada seorang penghidap kanser tidak baik bagi kesihatan mereka.

Ini kerana katanya, dalam minda pesakit kanser, masalah itu tidak dapat diselesaikan menyebabkan kesihatan mental terjejas yang akan melemahkan sistem imun badan mereka.

“Kesan psikologi akibat penyakit kanser adalah kesukaran menerima kenyataan, marah, takut, bimbang, sedih, benci, kesal, malu dan ‘kenapa saya’?

“Pesakit kanser juga dihantui perasaan sendiri iaitu adakah kehidupan mereka akan menghampiri penghujungnya selain menganggap ia adalah sebagai hukuman dari pencipta kerana dosa lampau,” katanya.

Dr Kananathan Ratnavelu
Dr Kananathan Ratnavelu

Oleh itu, Dr Kanathan berkata CAH-BR, bertekad untuk membantu pesakit kanser sebaik mungkin kerana memahami kesusahan dan kebimbangan mereka sebaik sahaja didiagnosis dengan kanser.

“Sebagai satu daripada punca utama kematian di negara maju dan negara membangun, kanser perlu diuruskan melalui penjagaan pesakit yang tepat dan rapi,” katanya.

Pusat rawatan kanser Columbia Asia yang dilancarkan baru-baru ini menekankan rawatan integrasi secara menyeluruh. Rawatan penyakit kanser secara holistik ini merangkumi pembedahan, radioterapi, kemoterapi, imunoterapi, ‘Targeted Therapy’ dan radiologi intervensi kepada pesakit kanser.

Pengurusan pesakit kanser secara holistik memberi jagaan secara menyeluruh kepada seseorang individu yang merangkumi pelbagai cara untuk membantu pesakit tersebut daripada segi menangani penyakit secara am, rawatan yang diterima, kesan keseluruhan dan juga mendorong seseorang itu untuk membina kehidupannya semula.

Jagaan menyeluruh ini merangkumi jagaan perubatan dan kejururawatan yang menumpukan perhatian kepada pemberian rawatan pada bahagian tubuh badan yang terjejas akibat penyakit; jagaan psikososial untuk keperluan psikologi dan praktikal yang membantu individu dalam kehidupan seharian serta menjalani rawatan dengan jayanya; jagaan rehabilitatif untuk membimbing seseorang itu meningkatkan kekuatan dan membina semula keyakinan diri, meneruskan dan menerima kehidupan dengan bersemangat.

Pendekatan holistik, individu bukan sahaja dibekalkan dengan maklumat mengenai penyakit dan rawatannya, malah mereka juga dibantu dalam mengenal pasti keperluan fizikal, mental dan sosial beserta maklumat tentang perkhidmatan jagaan sokongan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Menurut Dr Kanathan lagi, selain terapi yang disasarkan dalam rawatan holistik ini, pakar-pakar disiplin yang lain memainkan peranan masing-masing dalam membantu pesakit kanser berjuang mengikut keperluan rawatan yang diperlukan.

Pakar Onkologi, Dr Jayendran Dharmaratnam (dua dari kiri) bersama Pasukan Rawatan Kanser Columbia Asia Hospital - Bukit Rimau.
Pakar Onkologi, Dr Jayendran Dharmaratnam (dua dari kiri) bersama Pasukan Rawatan Kanser Columbia Asia Hospital - Bukit Rimau.

“Sebagai hospital yang menyediakan rawatan kanser berintergratif, kami mengambil pendekatan berkumpulan dalam mendiagnosis dan merawat kanser.

“Pesakit dapat memanfaatkan khidmat pakar yang terdiri daripada disiplin masing-masing beserta teknologi dalam rawatan kanser.

Malahan jelas Dr Kanathan, pihak CAH-BR juga berusaha menitikberatkan faktor psikologi pesakit kanser selain pemakanan mereka dan rawatan fisioterapi bagi memulihkan pergerakan sendi serta otot.

“Rawatan kanser seperti diketahui juga dilihat semakin bertambah menjadikan rawatan intergrasi ini pada masa sekarang disertai pasukan terlatih dan dalam semua aspek itu ada di CAH-BR.

“Melalui Tumour Board, kami akan membincangkan cadangan bergantung kepada keadaan persekitaran kes pesakit kanser itu,” katanya.

Kata Dr Kanathan, pakar bedah CAH-BR akan mengadakan perbincangan dengan pakar onkologi, patologi dan radiologi.

“Pesakit perlu tahu semua kesan sampingan rawatan kanser.

“Seperti contoh, apakah kesan sampingan radioterapi ke hidung dan leher bagi pesakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC), apa kesan sampingan kemoterapi bagi pesakit payudara dan kesan sampingan ‘targeted’ terapi untuk barah paru-paru selain kesan rawatan imunterapi bagi kanser kulit melanoma dan sebagainya.

“Di sinilah peranan kami sebagai pusat perubatan multi disiplin termasuklah rawatan kanser integratif. Pakar perubatan kami menggabungkan cetusan harapan dan inovasi klinikal, penjagaan tertumpu khas kepada pesakit, serta jenis rawatan yang direka khas untuk setiap pesakit,” katanya.

Beliau menjelaskan, di CAH-BR pakar onkologi berusaha untuk menyediakan terapi dan rawatan yang inovatif menggunakan teknologi terkini untuk memastikan segala hasil adalah terbaik untuk pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.

“Pasukan pengurusan kesakitan yang mampu menguruskan kesakitan kanser secara holistik menggunakan farmakologi, juga pengurusan bukan farmakologi dan intervensi,” katanya.

Pasukan Onkologi CAH-BR terdiri daripada pakar perubatan berpengalaman yang membimbing dan menyokong pesakit melalui setiap langkah perjalanan melawan kanser.

Selain Dr Kananathan, mereka terdiri daripada Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Dr Jayendran Dharmaratnam, Dr Malwinder Singh Sandhu (Pakar Peruding Onkologi Klinikal Pelawat) dan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Hematologi, Dr Habibah Abdul Halim.