Sila log masuk terlebih dahulu.

Ikatan Anak Mersing dekati anak muda

24 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 OKTOBER 2022

Ikatan Anak Mersing turun padang bagi mendekati golongan muda di daerah ini menerusi Mersing Konvoi Motosikal Berselawat di pantai Air Papan, Johor pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusinya, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, program tersebut merupakan salah satu ikhtiar mengajak belia dan warga Mersing menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, lebih 600 belia menyertai Mersing Konvoi Motosikal Berselawat yang turut menyelitkan pelbagai aktiviti antaranya pertunjukan motosikal dan cabutan bertuah.

Artikel

#BeritaSemasa #Johor #SinarHarian