Sebuah rumah teres musnah dijilat api, tiga alami rosak

Sebuah rumah terus dua tingkat musnah dalam kebakaran melibatkan empat kediaman di Seksyen 19, Shah Alam. - Foto Bomba Selangor
Sebuah rumah terus dua tingkat musnah dalam kebakaran melibatkan empat kediaman di Seksyen 19, Shah Alam. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran melibatkan empat kediaman di sekitar Taman Nyiru 19/5, Seksyen 19, di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, empat jentera, dan sebuah tangki air dari Balai Bomba Shah Alam, Subang, serta Kota Anggerik dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.32 malam.

"Pasukan bomba tiba pada jam 9.36 malam dan operasi melibatkan empat buah rumah teres dua tingkat berkeluasan 6x21 meter persegi.

Sebuah rumah yang mengalami kerosakan sebanyak 80 peratus. - Foto Bomba Selangor
Sebuah rumah yang mengalami kerosakan sebanyak 80 peratus. - Foto Bomba Selangor

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.33 malam. Sebuah rumah mengalami 80 peratus kemusnahan, dua buah musnah 40 peratus dan 45 peratus di bahagian bumbung manakala sebuah lagi hanya lima peratus kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: