Sila log masuk terlebih dahulu.

Feri terkandas: Dua penumpang sesak nafas

24 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 OKTOBER 2022

Sebuah feri dengan lebih 500 penumpang dan kru perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas di muara Kuala Kedah sejak jam 3 petang semalam berjaya dibawa ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, feri itu ditunda bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah pada jam 9.25 malam manakala kesemua penumpang dan kru itu selamat.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiga penumpang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut kerana salah seorang mengalami sakit berkaitan saraf manakala dua lagi sesak nafas.

Artikel: https://bit.ly/3Tyr7lw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa