Spurs tak cukup lengkap: Conte

Conte. - Foto Agensi
Conte. - Foto Agensi
A
A
A

MALANG buat Tottenham Hotspur apabila tewas buat kali kedua dalam tempoh lima hari.

Kecundang 0-2 kepada Manchester United Rabu lalu dan pada Ahad, Spurs menjadi mangsa Newcastle apabila kalah 1-2 di laman sendiri.

Kekalahan itu mengundang rasa tidak puas hati jurulatih Spurs, Antonio Conte yang mendakwa skuadnya tidak cukup lengkap untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan itu menamatkan rekod bersih mereka di Stadium Tottenham Hotspur musim ini.

Spurs ketika ini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal yang kurang satu perlawanan.

Newcastle melonjak ke tangga keempat dan hanya dua mata di belakang Spurs yang menghuni tangga ketiga.

Dalam aksi itu, Callum Wilson dan Miguel Almiron meledak gol di babak pertama untuk Newcastle.

Pemain sensasi, Harry Kane merapatkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-54, namun tidak mencukupi untuk menghalang kekalahan pertama mereka selepas 11 perlawanan di laman sendiri.

Artikel Berkaitan:

Conte mendakwa skuadnya tidak cukup lengkap untuk meraih kejuaraan liga pertama sejak tahun 1961 selepas dikalahkan 2-0 oleh Manchester United Rabu lalu.

Spurs sudah mengharungi tujuh daripada 13 perlawanan dalam tempoh 43 hari.

Tanpa khidmat Cristian Romero, Pierre-Emile Hojbjerg, Richarlison dan Dejan Kulusevki, pengendali dari Itali itu berkata, kelemahan Spurs akhirnya terdedah.

Menurutnya, skuad berkenaan tidak boleh kehilangan empat pemain serentak buat masa ini.

"Pasukan besar yang mampu bersaing untuk kejuaraan, anda akan dapat melihatnya jika bermain setiap tiga hari.

"Mereka mempunyai skuad lengkap lebih berkualiti. Proses kami baru bermula. Jika bermain setiap enam atau tujuh hari, saya rasa kami mampu bersaing untuk sesuatu yang penting.

"Tetapi bagi setiap tiga hari, saya rasa kami perlu lebih bersabar dan tidak terlalu kecewa," ujar Conte.