Sila log masuk terlebih dahulu.

Jadi sejarah artis lawan MB dalam PRU15

23 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 23 OKTOBER 2022

Meskipun belum pasti sebagai calon GTA Parlimen Port Dickson, namun pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri tidak gentar untuk bertembung dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang diumumkan bertanding di kawasan itu mewakili Pakatan Harapan pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Menurut Ahmad Idham, semestinya akan menjadi sejarah dalam politik tanah air apabila seorang artis bertanding dengan Menteri Besar dalam pilihan raya.

Gerakan Tanah Air menerusi Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan akan turut serta dalam PRU15 bersama badan-badan NGO yang ingin bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15