Polis tahan suspek kes tembak di Salor

Muhamad Zaki
Muhamad Zaki
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kejadian kes tembak sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Kampung Aur Tebing, Salor pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan oleh pihak hospital di Balai Polis Pasir Mas kira-kira jam 10.30 malam yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

Beliau berkata, polis dimaklumkan, mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan bahawa dia telah ditembak dan berada sebuah kedai makan di Salor serta memerlukan bantuan

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas dengan menaiki ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

"Lelaki itu dilaporkan cedera pada paru-paru kanan tetapi masih ditidurkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: