Abd Rani terima anugerah GMBF 2022

Abd Rani (tiga dari kiri) menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang daripada Awang Tengah (empat dari kiri) pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 (GMBF 2022) yang diadakan baru-baru ini.
Abd Rani (tiga dari kiri) menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang daripada Awang Tengah (empat dari kiri) pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 (GMBF 2022) yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 (GMBF 2022) yang diadakan baru-baru ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur forum itu, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.

“Forum itu mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang Abd Rani khususnya dalam sektor keusahawanan,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Abdul Rani berkata, pengiktirafan itu juga menunjukkan usaha keras Bank Rakyat dalam membangunkan usahawan telah memberi impak dan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat bukan sahaja domestik, tetapi juga masyarakat global.

“Di bawah pelan lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25), Bank Rakyat komited dalam memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan yang menggerakkan semula sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam usaha membantu mentransformasikan dan memperkasakan ekonomi negara dan Keluarga Malaysia,” tambah beliau.

Forum itu bertemakan ‘Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokus Semula, Menetapkan Semula dan Pulih dalam Era Pasca-pandemik’, dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Institut Strategik bagi Asia Pasifik, Global One dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: