Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas letak calon lebih hebat lawan Mahfuz di Pokok Sena

22 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2022

Pas menyasarkan untuk merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena dari Amanah dengan menyediakan calon lebih hebat pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Wan Romani Wan Salim berkata, kerusi Parlimen tersebut yang disandang oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar antara yang berada di dalam senarai sasaran Pas pusat untuk dimenangi semula.

Ditanya sama ada bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din akan kembali dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena pada PRU15, Wan Romani menjelaskan perkara tersebut bakal diputuskan di peringkat kepimpinan pusat.

Artikel: https://bit.ly/3TDyfMM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15