PRU15: Tok Pa, Ikmal guna logo Pas

Dari kiri Ikmal Hisham dan Mustapa
Dari kiri Ikmal Hisham dan Mustapa
A
A
A

KOTA BHARU - Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan bertanding menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14 lalu, Mustapa atau lebih dikenali Tok Pa yang merupakan penyandang kerusi Jeli menang atas tiket BN sebelum membuat keputusan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan komponen PN.

Turut mengikut jejak beliau menyertai Bersatu ialah bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan berkait kedudukan kedua-dua tokoh itu diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini dan beliau bersetuju membenarkan Mustapa serta Ikmal Hisham menggunakan simbol Pas.

"Jangan pula tak pangkah dia (kedua-dua calon ini). Hal ini bagi menjamin kemenangan PN di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Hadir sama , Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Artikel Berkaitan: