Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022

Idris (gambar kiri). Perlawanan akhir Piala AFC 2022, KL City bertemu Al Seeb,
Idris (gambar kiri). Perlawanan akhir Piala AFC 2022, KL City bertemu Al Seeb,
A
A
A

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta agar perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang menemukan wakil Malaysia, KL City dan wakil Oman, Al Seeb, dilewatkan sedikit bagi memberi ruang penyokong untuk solat Maghrib.

Idris dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, permintaan itu telah dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu.

“Pada masa sama, saya juga meminta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menyediakan ruangan solat bagi kemudahan para penonton dan mungkin boleh memberi pendedahan praktikal mudah untuk mengambil wuduk yang menyenangkan penonton untuk solat.

“Saya juga telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membawa kemudahan surau bergerak mereka,” jelasnya.