Sila log masuk terlebih dahulu.

SPR perlu jawab punca pengundi Sabah naik mendadak

20 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 OKTOBER 2022

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung jumlah pengundi di negeri ini yang dikatakan meningkat secara mendadak bagi PRU15, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.

Katanya, walaupun pendaftaran dilakukan secara automatik membabitkan Undi18 namun perlu ada penjelasan lanjut daripada pihak SPR mengenainya.

Sebelum itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan rasa ragu mereka berhubung penambahan jumlah pengundi di Sabah dan menggesa pihak berkuasa menyiasat mengenai perkara itu.

Artikel: https://bit.ly/3DdSbQY

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15