Maqis Kedah rampas hasil pertanian tiada permit import sah

Hasil pertanian yang dirampas dari Thailand kerana tidak mempunyai permit import yang sah.
Hasil pertanian yang dirampas dari Thailand kerana tidak mempunyai permit import yang sah.
A
A
A

KUBANG PASU - Sebuah lori yang membawa hasil pertanian dari Thailand bernilai RM9,000 ditahan kerana tidak mempunyai permit import yang sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri Kedah dalam kenyataan berkata, lori berkenaan ditahan di pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada 13 Oktober lalu pada jam 11.40 malam.

Katanya, ketika pemeriksaan Maqis berjaya merampas sebanyak 750 kilogram (kg) halia, 430kg mangga, 130kg ubi keladi dan 15kg lengkuas.

"Kesemua hasil pertanian tersebut bernilai RM9,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara halia yang dirampas oleh Maqis pada 13 Oktober lalu.
Antara halia yang dirampas oleh Maqis pada 13 Oktober lalu.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

"Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: