Sila log masuk terlebih dahulu.

Lapan remaja direman bantu kes rogol berkumpulan

18 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2022

Lapan remaja lelaki ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang gadis bawah umur, lapor wartawan Sinar Harian Adila Sharinni Wahid.

Kesemua suspek berusia antara 14 sehingga 18 tahun itu tiba dengan menaiki black maria di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi dan tempoh reman berkuat kuasa bermula Selasa sehingga Isnin ini.

Artikel: https://bit.ly/3gh7VJX

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa