Sila log masuk terlebih dahulu.

Hadiah buat penyokong Terengganu FC: Nafuzi

17 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 OKTOBER 2022

Kejayaan mara ke pentas Asia pada musim 2023 dihadiahkan khas buat penyokong Terengganu FC yang sentiasa berada teguh di belakang pasukan tersebut sebelum ini.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, pemain Sang Penyu telah memberikan aksi konsisten sejak sembilan perlawanan lalu tanpa tewas bagi membantu mereka muncul naib juara Liga Super 2022.

Menurutnya, aksi akhir liga menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-3 di Stadium Darul Aman,Kedah pada malam Sabtu telah melengkapkan musim gemilang TFC yang sebelum ini juga turut muncul naib juara Piala FA 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor

Artikel: https://bit.ly/3VB4duU

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa