Statut Rom: Teo Nie Ching nafi bincang kedudukan ahli akademik

Teo Nie Ching ketika menjawab soalan media di lobi Parlimen semalam.
Teo Nie Ching ketika menjawab soalan media di lobi Parlimen semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan bahawa kementeriannya akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik susulan pandangan mereka terhadap isu Statut Rom.

Beliau menegaskan, kenyataan yang dibuat semalam adalah merujuk kepada pandangan yang dibangkitkan oleh sekumpulan mahasiswa dan aktivis pelajar.

"Saya tidak mengatakan yang kedudukan mereka sebagai ahli akademik akan dibincangkan. Semasa disoal di bangunan Parlimen,jawapan saya adalah 'tiada perbincangan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini'.

"Penjelasan saya kepada soalan wartawan semalam (Isnin), sama sekali tidak merujuk kepada kedudukan empat orang ahli akademik terbabit, sebaliknya hanya merujuk kepada pandangan yang dibangkitkan oleh sekumpulan mahasiswa dan aktivis pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika menjawab persoalan pihak pemberita semalam, beliau turut meminta agar pihak kementerian diberikan masa agar perkara yang dibangkitkan itu boleh dikaji atau dibincangkan secara menyeluruh.

"Saya berharap penjelasan ini akan meredakan salah faham yang timbul," ujarnya.

Semalam, media melaporkan kenyataan Nie Ching bahawa status empat ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan dibincangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ARTIKEL BERKAITAN: Statut Rom: Kedudukan empat ahli akademik akan dibincangkan

Artikel Berkaitan: