Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerjasama UMNO-Pas terjawab selepas PRU15

16 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2022

Harapan melihat UMNO dan Pas bekerjasama semula hanya akan dilihat selepas selesai Pilihanraya Umum ke-15 selepas Pas membuat keputusan bergerak bersama Perikatan Nasional, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tiada apa yang boleh dilakukan lagi ketika ini kerana pimpinan tertinggi Pas sudahpun membuat keputusan pada Khamis lalu.

Beliau juga menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan Pas itu.

Artikel: https://bit.ly/3Vy0q1o

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa