Terengganu FC ke pentas Asia

Faisal (kanan) bantu Terengganu atasi Kedah 1-3 di Alor Setar pada malam Sabtu. - Foto KDA FC
Faisal (kanan) bantu Terengganu atasi Kedah 1-3 di Alor Setar pada malam Sabtu. - Foto KDA FC
A
A
A

TERENGGANU FC meraih slot automatik pentas Piala AFC 2023 apabila muncul naib juara Liga Super 2022 selepas memintas Sabah FC untuk naik ke tangga kedua liga pada malam Sabtu.

Kejayaan itu susulan keputusan cemerlang skuad Nafuzi Zain menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-3 di Stadium Darul Aman pada aksi akhir Liga Super musim ini untuk mengumpul 44 mata selepas 22 perlawanan.

Sabah FC tewas 0-3 kepada JDT jatuh ke tangga ketiga dengan 42 mata manakala satu lagi pasukan yang turut memburu slot Asia iaitu Negeri Sembilan tewas 2-0 kepada Pahang untul kekal di tangga keempat dengan 41 mata.

Sang Penyu yang turun dengan misi tiga mata berjaya berada di hadapan seawal minit ke-3 menerusi Faisal Halim yang berjaya mengambil kesempatan ke atas kekalutan di hadapan pintu gol tuan rumah.

Pelawat terus beri tekanan kepada tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua menerusi ketua pasukanya, Tchetche Kipre pada minit ke-16 untuk kedudukan 0-2.

Pada minit ke-32 Mahmoud Al Mardi hampir merapatkan kedudukan namun penjaga gol TFC, Suhaimi Husin berjaya mengagalkan percubaannya itu

Kipre terus menambah derita Sang Kenari apabila selesa meletakkan Sang Penyu 0-3 pada minit ke-74 selepas menyambar bola yang ditepis oleh penjaga gol KDA FC, Ilham Amirullah.

Bagaimanapun KDA FC merapatkan jurang kepada 1-3 apabila Dechi Marcel menjaringkan gol pada minit-88, namun kebangkitan itu gagal untuk menyekat pelawat keluar sebagai pemenang.

Artikel Berkaitan: