Muat naik video, menangi RM10,000

Pertandingan video kreatif beras Cap Rambutan dan Sinar Harian kini bermula

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM – Pembaca Sinar Harian dan pelanggan setia beras Cap Rambutan boleh memenangi hadiah sehingga RM10,000 menerusi pertandingan video paling kreatif bermula Oktober ini.

Pengurus Besar Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, pertandingan anjuran OEL Realty Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Sinar Harian itu antara lainnya mahu meraikan pelanggan kedua-dua belah pihak yang selama ini tidak jemu memberi sokongan kepada dua jenama tersebut.

AIROL
AIROL

Ini juga sebahagian dari inisiatif OEL Realty Holdings Sdn Bhd membantu meringankan masalah kekangan kewangan bagi pemenang-pemenang pertandingan ini kelak.

“Peserta hanya perlu memuat naik video sedang memasak menggunakan beras biasa atau beras basmathi Cap Rambutan, berdurasi tiga minit di platform TikTok.

“Sambil memasak, peserta perlu menyanyi lagu rasmi beras Cap Rambutan dan muat naik ke TikTok dan tag TikTok Sinar Harian dan tanda pagar #fyp #MasakNyanyiCapRambutan #Sinarharian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, peserta boleh memuat naik seberapa banyak video yang sudah siap disunting selama tiga minit sahaja.

“Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti resipi dan persembahan video berkenaan,” jelasnya.

Hadiah menarik menanti pemenang yang berbakat.
Hadiah menarik menanti pemenang yang berbakat.

Airol Fadley berkata, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM3,000, manakala RM2,000 dan RM1,000 masing-masing tempat kedua dan ketiga selain 16 hadiah untuk pemenang sagu hati dengan setiap satunya bernilai RM250.

Saranannya lagi kepada pembaca setia Sinar Harian dan pelanggan beras Cap Rambutan agar mengambil peluang ini sepenuhnya kerana format pertandingan sangat mudah dan hadiahnya sangat berbaloi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi semua platform media sosial rasmi dan akhbar Sinar Harian.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 November dan pengumuman pemenang pula akan disiarkan pada 4 November depan.

Tonjol bakat masak

Sementara itu, OEL Realty Holdings Sdn Bhd selaku penaja peraduan menyifatkan, inilah masanya pembaca Sinar Harian dan pelanggan Cap Rambutan mengambil peluang menyahut cabaran memasak secara kreatif.

KUAN CHOR
KUAN CHOR

Pengarah Urusan Kumpulan OEL, Heng Kuan Chor mengalu-alukan pembaca Sinar Harian dan pelanggan setia beras Cap Rambutan menyertai peraduan yang menawarkan hadiah lumayan ini.

“Kita biasa melihat banyak perkongsian masakan yang hebat di media sosial, jadi mengapa anda semua mahu melepaskannya? Ambillah peluang ini dan anda mungkin menjadi salah seorang pemenang.

“Mungkin anda merasakan peraduan ini agak mencabar tetapi siapa tahu masakan anda mungkin menarik perhatian orang ramai. Jadi, berilah peluang untuk sendiri dan jangan sembunyikan bakat sedangkan anda mampu melakukannya.

“Kami juga berharap peraduan ini dapat memperkenalkan produk beras Cap Rambutan kepada lebih ramai pengguna di Malaysia. Apa yang penting anda perlu memasak secara kreatif dengan beras Cap Rambutan,” ujarnya.

Tambah Kuan Chor, pengguna juga diharap dapat mengenali ciri-ciri beras Cap Rambutan kerana mereka menawarkan pelbagai jenis beras yang unik sama ada beras tempatan, beras putih, beras wangi dan beras kategori sihat seperti beras perang dan beras basmathi.

Jelasnya, setiap jenis beras turut mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama ada segi nisbah air, tekstur, aroma ataupun cara memasak.

Katanya, melalui penganjuran peraduan ini juga diyakini dapat menarik minat orang ramai untuk menonton persembahan setiap peserta dengan pelbagai kreativiti masing-masing.

“Kami percaya inilah satu-satunya peluang anda cuba memasak beras keluaran jenama Cap Rambutan terutamanya menggunakan beras basmathi Pusa King 1121 yang mempunyai jenis basmathi stim dan basmathi parboiled, kedua-duanya adalah glisemik indeks yang rendah dan sangat sesuai untuk dimakan setiap hari,” jelasnya.

Bagi meneruskan semangat asas jenama Cap Rambutan iaitu “Beras Berkualiti, Bersama Dinikmati”, Kuan Chor berharap objektif peraduan ini dapat tercapai kerana semua produk syarikatnya sentiasa mementingkan kualiti untuk dinikmati oleh semua pengguna di negara ini.