Juri tolak hukuman mati pemuda bunuh 17 orang

Gambar fail menunjukkan Nikolas Cruz (tengah) di Mahkamah Daerah Broward County, Fort Lauderdale. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Nikolas Cruz (tengah) di Mahkamah Daerah Broward County, Fort Lauderdale. - Foto AFP
A
A
A

FORT LAUDERDALE - [DIKEMAS KINI] Juri Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menolak hukuman mati dan menyokong hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan ke atas seorang pemuda, Nikolas Cruz yang menembak dan membunuh 17 orang di sebuah sekolah tinggi di Florida.

Bagaimanapun, keputusan itu dianggap mengejutkan dan menimbulkan kemarahan beberapa ahli keluarga mangsa tembakan tersebut.

Cruz, 24, yang berkaca mata besar merenung tanpa ekspresi di meja pembelaan ketika keputusan dibacakan manakala ibu bapa kepada beberapa orang pelajar yang terbunuh menggelengkan kepala mereka kerana tidak percaya tentang hukuman tersebut.

Juri berbincang selama sehari penuh pada Rabu dan secara ringkas pada Khamis sebelum memutuskan bahawa Cruz harus menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parol untuk pembunuhan 14 pelajar dan tiga kakitangan pada Februari 2018 di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida.

Syor hukuman mati perlu mendapat sokongan sebulat suara.

Namun, dalam kes tersebut, seorang atau lebih daripada 12 juri berkenaan mendapati pemuda tersebut tidak wajar menerima hukuman itu.

"Saya lebih kecewa dengan apa yang berlaku hari ini, (Khamis).

"Terdapat 17 mangsa yang tidak mendapat keadilan. Juri ini mengecewakan keluarga kami," kata Fred Guttenberg seperti dilaporkan AFP yang mana seorang anak perempuannya, Jaime berusia 14 tahun meninggal dunia dalam serangan tersebut.

Ketua Pendakwa Raya, Michael Satz berkata, Cruz yang mengaku bersalah atas pembunuhan itu pada tahun lalu, melakukan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik dan hukuman yang sesuai baginya adalah mati. - Agensi

Artikel Berkaitan: