West Ham mara ke pusingan kalah mati Liga Konferensi

Benrahma meraikan jaringannya bersama rakan sepasuka selepas bantu West Ham tewaskan Anderlecht awla pagi tadi
Benrahma meraikan jaringannya bersama rakan sepasuka selepas bantu West Ham tewaskan Anderlecht awla pagi tadi
A
A
A

WEST Ham United mara ke pusingan kalah mati Liga Konferensi selepas menumpaskan Anderlecht 2-1 awal pagi tadi.

Bagaimanapun di sebalik kejayaan tersebut, pengendali West Ham, David Moyes berharap agar anak buahnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan tersebut memandangkan tugas mereka di kejohanan tersebut masih belum selesai.

“Saya sangat gembira kerana kami layak ke pusingan seterusnya. Bagaimanapun tugas kami di peringkat kumpulan masih belum selesai.

“Ini kerana kami masih perlu mengharungi dua perlawanan dan lawan kami bukannya mudah terutamanya Silkeborg yang berjaya mempamerkan aksi yang hebat.

“Jadi kami masih memerlukan mata untuk bergelar juara kumpulan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, The Hammers berjaya memimpin perlawanan dengan dua gol pada babak pertama menerusi Said Benrahma dan Jarrod Bowen masing-masing pada minit 14 dan 30.

Pelawat berjaya mendapatkan gol pada minit akhir perlawanan menerusi sepakan penalti Sebastiano Esposito namun ia sudah terlambat untuk menafikan West Ham daripada mengutip tiga mata pada aksi tersebut.

Artikel Berkaitan: