Warisan tanding 25 kerusi: Mohd Shafie

Mohd Shafie ketika berucap pada Program Jelajah Warisan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Matunggong, Kudat.
Mohd Shafie ketika berucap pada Program Jelajah Warisan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Matunggong, Kudat.
A
A
A

KUDAT - Parti Warisan (Warisan) bertanding di 25 kerusi di Sabah tanpa ditentukan oleh Kuala Lumpur (parti luar Sabah), kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya, beliau berkata, Warisan yang berpusat di Sabah itu yang menentukan calon dan bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandinginya nanti.

"Yang menentukan di mana mahu bertanding, siapa yang mahu bertanding, berapa mahu bertanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah Kuala Lumpur, Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Kali ini, Warisan akan bertanding di 25 kerusi bukan KL (Kuala Lumpur) yang tentukan. Mana kamu suka? Di Kolombong Pejabat Warisan yang menentukan bertanding di 25 kerusi atau GRS yang menentukannya KL," katanya ketika berucap pada Program Jelajah Warisan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Matunggong, di sini, pada petang Khamis.

Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu berkata, beliau meletakkan calon di kesemua kerusi bukan kerana tamak malah bersedia untuk berkongsi dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum ini.

"Sebab apa kita mahu bertanding di 25 kerusi, bukan kerana nafsu saya kuat.Saya sudah beritahu PBS mahu bertanding boleh, kongsi-kongsi atau 'rukut-rukut'," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai calon beliau meminta setiap bahagian memberikan cadangan senarai calon untuk ditapis.

"Dalam pilihan raya kali ini saya maklumkan boleh dicadangkan bahagian-bahagian seluruh Sabah. Beri senarai dengan saya lepas itu kita akan putuskan siapa jadi calon.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan tapis bukan saya tidak hormat bahagian, hormat. Tetapi saya kena teliti kadang-kadang bahagian ini ada juga baik, ada juga nakal," katanya.