Sila log masuk terlebih dahulu.

PU Azman didakwa lima pertuduhan amang seksual 

12 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2022

Selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk meransang mangsa berusia 17 tahun dan 16 tahun di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai.

Artikel penuh

#BeritaSemasa #PUAzman #SinarHarian