Saarani senyum lebar selepas menghadap Sultan Perak

Saarani melambai ke arah media sebaik selesai menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta.
Saarani melambai ke arah media sebaik selesai menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tersenyum sambil melambai kepada media sebaik selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada Rabu.

Beliau tiba menaiki kenderaan rasmi pada jam 2.08 petang tadi dan keluar selepas sejam 20 minit kemudian.

Pengerusi BN Perak itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut butiran pertemuan berkenaan dan segera beredar.

Difahamkan, Saarani menghadap baginda bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan serentak dengan Parlimen.

Saarani dijangka mengadakan sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan berkaitan pembubaran DUN Perak.

Artikel Berkaitan: